Wednesday, April 27, 2011

THE MIGHTY BARISAN NASIONAL

            Sudah hampir 2 minggu Pilihan Raya Negeri Sarawak telah berlalu, namun cerita-cerita susulan mengenai keputusan pilihan raya tersebut masih kedengaran di kalangan masyarakat negara ini. Mana tidaknya, keputusan-keputusan yang di luar jangkaan penganalisis politik telah menceritakan betapa keadaan politik di negara dan di Sarawak khasnya sedikit kurang stabil.
            Beralih kepada kemenangan Barisan Nasional yang Berjaya mengekalkan majoiti 2/3 kerusi DUN Sarawak pula, kemenangan itu tidak sepatutnya membuatkan jentera BN berasa selesa untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Kekurangan undi daripada kaum cina terutamanya memperlihatkan kelemahan BN di kawasan-kawasan bandar yang majoritinya dihuni punduduk berbangsa cina.
            Kekalahan pihak pembangkan pula mungkin dilihat sesuatu yang memberansangkan bagi mereka apabila berjaya mencuri beberapa kerusi DUN penting di Sarawak. Malah, pihak pembangkang sebenarnya yang boleh mendabik dada setelah memperolehi keputusan penuh pilihanraya tersebut.
            Ramai juga yang berpendapat bahawa, UMNO, parti terpenting dan terbesar Barisan Nasional perlu masuk ke Sarawak untuk bertanding di pilihan raya yang akan datang. Idea ini merupakan suatu idea yang teruk, malah mampu menimbulkan persaingan kurang sihat di dalam parti itu sendiri. Kekukuhan PBB(Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) Sarawak tidak harus diganggu dengan kedatangan parti luar. Kecemerlangan parti ini terbukti dengan kemenangan hampir 100% mereka di pilihan raya Sarawak.
            Bagi BN, masalah utama mereka adalah memenangi hati pemilih-pemilih di kawasan bandar, dengan erti kata lain, pengundi-pengundi berbangsa cina. Salah satu sebab dan kemungkinan ini berlaku adalah, berkenaan dengan ideologi yang telah diterapkan oleh BN dalam pilihanraya tersebut. Manifesto Parti BN lebih menjurus kepada membawa pembangunan kepada bahagian pedalam Sarawak dimana ianya sungguh berkait rapat dengan projek SCORE pimpinan BN. Kerajaan BN harus sedar bahawa situasi di Bandar adalah sangat berlainan dengan di pedalaman.
            Di bandar besar seperti Kuching, para penduduk telah pun merasai kemajuan yang telah di bawa oleh BN untuk sekian lama. Lupakan pasal mengenang jasa BN, penduduk di bandar seperti ini lebih cenderung kepada manifesto yang membawa kepada kestabilan sosioekonomi. Harga barangan sebagai contoh, pihak pembangkang telah memanipulasikan keadaan harga barangan yang tinggi, termasuk harga minyak untuk memenangi hati pengundi-pengundi di bandar. Inilah sebenarnya yang mereka inginkan dan perlukan. Pihak pembangkang yang berpropagandakan “KEKAYAAN SARAWAK UNTUK RAKYAT SARAWAK” Dan “VOTE FOR CHANGE” telah Berjaya akhirnya.
            Berlainan pula di kawasan pedalaman, kawasan-kawasan di pedalaman lebih mnyokong Parti BN oleh kerana permintaan dan keperluan yang berbeza daripada di bandar. Di pedalaman, penduduk lebih mengharapkan pembangunan dan penambahan infrastruktur. Berlainan dengan mereka di bandar, penduduk bandar tidak memerlukan semua ini kerana mereka telah pun hidup selesa menikmati kemajuan yang sedia ada. Penduduk-penduduk di pedalaman pula memilih untuk mengikut jalan yang lebih selamat dengan memilih kerajaan sedia ada untuk membawa pembangunan di kawasan mereka. Ini adalah kerana pihak pembangkang belum lagi menampakkan kreadibiliti mereka untuk membangunkan kawasan pedalaman.
           
             Inilah secara ringkasnya yang berlaku di dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Dan akhir sekali, saya berharap pihak kerjaan BN akan kekal menerajui Malaysia untuk membolehkan kesejahteraan rakyat dipelihara. Memiliki Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya anugerah yang tidak terhingga daripada Tuhan kerana pimpinannya yang telus dan ikhlas serta bersifat demokrasi sebenar dalam membawa Negara Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi setanding negara-negara maju yang lain.

No comments:

Post a Comment